Saturday 26 March 2011

"SISTER" DI PECAT D SBBKAN FESBUK?

Seorang rahib wanita dibuang dari biaranya kerana dikatakan menghabiskan terlalu banyak masa melayari laman sosial Facebook. Maria Jesus Galan (54) diarahkan supaya meninggalkan Biara Santo Domingo el Real di Spanyol yang diduki beliau sejak berumur 21 tahun.Biara Santo Domingo el Real mengamalkan prinsip rahib yang mahu berbakti kepada Jesus tidak boleh terlalu bercampur dengan dunia luar. Sebab utama internet dipasang pada biara itu 10 tahun lalu ialah bagi memudahkan para rahib melakukan urusan harian tanpa perlu keluar dari kawasan biara.Maria Jesus Galan membuka akaun Facebook supaya memudahkan kerja beliau memuat naik bahan-bahan keagamaan dari arkib biara. Beliau dianugerahkan beberapa anugerah atas usaha murni beliau ini sehingga diberikan nama jolokan "Sister Internet".


Pihak biara merasakan Maria Jesus Galan melanggar pantang larang biara kerana terlalu lama bersosial di Facebook. Ketika diarahkan meninggalkan biara, beliau mempunyai 600 kawan di Facebook. Kini sudah ada kempen online yang mahukan "Sister Internet" dibenarkan kembali semula ke Biara anto Domingo el Real.


Ketika ditemui di rumah ibunya, Maria Jesus Galan dipetik berkata

"Saya akan menggunakan kebebasan ini untuk melawat London dan New York. Ketika di biara untuk bermimpi melawat tempat-tempat sebeginipun sudah dianggap mustahil"

0 comments:

Post a Comment